Tuesday, April 20, 2010

KUNG PAO CHICKEN

Salam..hmmmm..kdg2 tercari resipi masakan utk anak2 n suami..sian kt depa asyik mkn menu sama je..kali nie tukar skit bt kung pao chicken nie...
resipi copy n paste dr blog kak ina KL..Halal ye kak

Bahan-bahan A
  • 600gm isi ayam-dipotong kecik
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sos tiram-ikut keperluan
  • sedikit kicap pekat
Cara-caranya
  • Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
  • Lumurkan dengan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  • Toskan selepas di angkat.
Bahan-bahan B
  • 100gm kacang gajus - guna kacang tanahlah pulak sebab gajus tak ada stok.-goreng dulu tau..
  • 30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
  • 2 biji bawang besar holland - potong dadu besar-besar(1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 1 biji cili benggala - potong lebar-lebar-tak ada stok
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  • minyak untuk menumis
  • garam jika perlu
  • minyak bijan -
  • sedikit seasoning maggi
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dan goreng cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
  2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
  4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, bawang holland di belah 4, cili benggala, cili kering bersama kacang tanah yang telah digoreng.
  5. Masukkan minyak bijan dan kacau sebati dan perisakan dengan garam jika perlu.
  6. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi....