Monday, December 14, 2009

APAM GERUDI BLUEBERI

Salam sayang bt teman2 ku..terima kaseh byk2 utk sapa2 yg sudi singgah d blog ku yg x sepertinya nie..maklumla sy bdk br belajar..apam gebu yg merah n kuning..ehehehe

apam ni mmg lembut n gebussss.
sbb apa namanya apam?...maybe sbb kena kukus kot..


tu dia apam yg gebusss setaman nie..blh amik sorang 1 na..jgn berebut..byk lg apam yg ada..utk adunan dptla dlm 20 cupcake saiz kt atas nie...

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)


1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan blueberry filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.


KEK PANDAN MARBLE

Eheheehh...la nie terlebih rajin nk updet blog la plak...
bahan byk tp la nie br ada ms nk upload gmbr da...
kali nk fara nk cerita pasal kek pandan marble yg gebusssssssssssssss....
eheheh..panjang gebu tuh..mmg perasan nie
ni la rupa kek tuh..ni ja yg tinggal da..yg lain semua dh kena ngap da
tp fara x pandai la nk memarblekan dgn lebih cantik...sapa2 ada petua?
jom kita tgk bahan n cara membuatnya..senanng ja...
bahan2nya:
225 g mentega pada suhu billik
225 g gula kastor
4 biji telur
2 camt esen vanilla
225 g tepung gandum
2 sudu teh baking powder
50 ml susu segar
50 g serbuk koko
1 sudu teh pandan emulco
3 titik pewarna hijau
cara membuatnya:
Griskan loyang springform ukuran 20cm
pukul mentega sehingga kembang dgn menggunakan mixer atau sudip kayu
kemudian barulah di masukkan gula..pukul lg sehingga bahan nie kambang n sebati
di dlm mangkuk lain- pecahkan semua telur dan esen vanilla d pukul sehingga sebati
masukkan campuran telur td kedlm mixer perlahan2 sambil d pukul rata semua adunan
ayakkan tepung gandum dan baking powder td
masukkan ke dlm adunan sedikit demi sedikit
masukkan susu segar sambil d kaupbalik adunan sehingga sebati tp jgn sampai overmix
bahagikan adunan kepada 2 bahagian
1 adunan ltk serbuk koko- serbuk koko ayak terlebih dahulu
1 lg adunan masukkan pandan emulco dan pewarna hijau
Masukkan kedua-dua adunan secara berselang seli ke dlm loyang
dgn menggunakan chopstick bentukkan adunan menjd swirl
bakar pd suhu 180 C selama 45 minit atau sehingga kek msk....