Saturday, February 27, 2010

NASI MINYAK JUS OREN

fara tgh duk diet nie..tp bt jgala ns minyak nir utk suami n anak2 kecik tuh...depa pn mcm diet jgakla..huhuhuuu....ummi depa asyik msk benda yg sama ja stp hari..so hr nie nk msk ns minyak n ayam grg berempah..ingat nk bt dalca skali tp tgk2 kcg dal tuh bubuk dh mkn la...nampak sgt aku nie pemalas nk msk no...resipi fara amik dr blog Chik mi..halal yo

Bahan-bahan ( untuk menumis)


2 sudu besar minyak masak klu guna minyak sapi lagi wangi
2 sudu besar mentega atau marjerin

Bahan A

1/4 biji bawang besar

2ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm halia, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga


2 cawan air ( kalau tukar dengan susu sejat ideal lagi sedap)~

jus oren ( boleh diganti dengan bancuhan kordial sunkist)~ guna jus sunquick dibancuh dengan secawan air

3 cawan beras biasa atau beras jasmine atau beras basmathi, basuh dan tos kan.
1 ikat daun pandan

* tambah sedikit pewarna kuning utk menaikkan seri

Cara-caranya.
1. Panaskan minyak dan mentega kemudian tumis bahan A hingga wangi, kemudian masukkan beras dang gaul sebati, kacau selalu dan biarkan sebentar.

2. Selepas itu curahkan beras tadi didalam periuk dan dan masukkan daun pandan dan kismis serta daun pandan, masak seperti biasa dan akhir sekali masukkan kacang gajus dan gaul rata.

3. Hias nasi minyak tadi dengan bawang goreng, dan sedia untuk dihidangkan bersama, lauk sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

Tips##

notes utk diri sendiri dan utk rujukan anak2 nnti.
# tumis bahan tumis dan bawang kat luar atas stove,pastu bila dah wangi chik mi masukkan air+susu+jus oren ,bila mendidih,kemudian masukkan beras biar sampai beras agak kering baru transfer kedlm periuk nasi.
# suka cara gini sebabnya nasinya cantik berderai dan tak berkerak.
# Biarkan rice cooker keep warm dlm 15-20 min jgn

No comments:

Post a Comment